Friday, January 18, 2013

SUP KIMCHI

Masakan Korea..Cari punya cari jumpa juga resepi tp saya ubah skit cos ada juga benda susah nak cari kat sini..hehe...

                                               Photo0182


Bahan-bahan ( 2 org makan )

  • 1 tin kecil kimchi boleh juga guna sayur asin biasa
  • 2 sb gochujang kalu xjumpa ni boleh guna chilli bean sauce
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • setengah biji bawang bombay (ptg dadu)
  • 6-8 biji bebola daging/daging biasa pun boleh
  • 2 keping tofu jepun
  • 1 1/2 kiub pati ikan bilis
  • sedikit daun bawang n minyak utk menumis
  • Air putih 300mls

Cara-cara

  1. Tumiskan bwg putih hingga naik bau.
  2. Masukkan kimchi dan jusnya sekali. Biarkan seketika.
  3. Masukkan air putih,kiub ikan bilis,bwg bombay dan bebola daging. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan pes gochujang. Gaulkan hingga sebati. Biarkan seketika.
  5. Biar dalam sekitar 10min n letak sedikit daun bawang yg telah dipotong. siap untuk dihidangkan bersama nasi putih...(xperlu letak garam cos kimchi n kiub dah masin)

No comments: