Monday, March 10, 2014

MASHED POTATO

HARI NI BERRY NK SHARE RESEPI MASHED POTATO.. ALA KNTANG LENYEK YANG MACAM MAKAN KAT KFC TU.. HIHIHI..RESEPI NI BERRY DAPAT DARI KAWAN BERRY KAT FACEBOOK.. DIER POST KAT WALL DIER JD BERRY SHARE LA NGN KOME SUME YER.. HIHIHI...  MARI KITE TGOK CARA2NY YER.. XSSH PON.. SNNG SNGT N BOLE D BUAT HARI2.. MOH KITE TENGOK... 





(Difficulty level: sangat mudah)

Bahan-bahan A:
8-10biji kentang
2 sudu butter

Black Pepper
White Pepper
1/2 kotak kecil susu segar (optional)


Cara-cara:
1. Rebus kentang sehingga lembut/empuk selama 15-20minit
2. Toskan kentang. Lenyekkan kentang rebus bersama-sama 2 sudu butter.
3. Masukkan White dan Black Pepper mengikut citarasa.
4. Sedikit demi sedikit tuangkan susu segar ke dalam kentang lenyek tadi. Susu hanya untuk tambahkan rasa lemak sahaja. Tak ada pun xpe.


Bahan-bahan B (sos gravy):
1 labu bawang besar (ditumbuk/blend)
2-3 ulas bawang putih (ditumbuk/blend)
2 sudu butter
2 kiub ayam Maggi
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air suam)
2 cawan air masak
1 sudu teh kicap 


Cara-cara:
1. Panaskan butter dan tumiskan bawang tadi sampi perang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung, kiub ayam, dan 2 cawan air masak
3. Adunan mula memekat masukkan sedikit white dan black pepper. Seterusnya masukkan kicap sedikit untuk hasil kuah yang sedikit coklat keperangan.
4. Tutup api. Toskan/tapis kuah untuk elakkan ketulan atau bawang yang tidak lumat tadi. 


Siap untuk dihidang. Jemput!