Saturday, November 17, 2012

AIS KRIM GORENG

HURM... BERRY TERINGAT DULU MASE BERRY BELAJAR KAT KUALA LUMPUR, BERRY PERNAH MAKAN AIS KRIM GORENG. BERRY CARI LA CARA2 NK MEMBUATNY.. RUPANY SENANG JE... OK NI ANTARA RESEPI YANG BERRY JUMPA YER.. 



Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 1 bungkus roti potong (gardenia atau lain2) - sebiji ais krim goreng menggunakan 2 keping roti Ais krim Mug atau mangkuk saiz kecik

Cara-cara

  1. -Cedukkan ais krim dan letakkan atas sekeping roti -Letakkan sekeping lagi roti, buat macam sandwich -Tekap atau pekup dengan mug sehingga bercantum kedua-dua lapis roti -potong dengan pisau bagi kemas. -Masukkan dalam freezer dalam 6-7 jam -panaskan minyak untuk menggoreng, pastikan betul2 panas -goreng hingga kekuningan -boleh terus makan


selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

NASI DAGANG

berry kalo balik kuantankn arwah atok dulu suke masak nasi dagang.. sekarang arwah atok dah xde =( huhuhu tp mak berry tau wat nasi dagang ni.. kepada nurfarahain.. hubby u org teganu kn?? jd u kene la pndai wat nasi dagang ni heheeheheheh... . cetry yer...



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • **NASI**
  • # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • # 1/2 tin santan
  • # garam dan gula
  • # 1 sudu besar halba
  • # bawang dan halia (hiris halus2)
  • # air
  • **GULAI IKAN TONGKOL**
  • $ 1 tin santan
  • $ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • $ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • $ 6 keping asam keping
  • $ garam dan secubit ajinomoto
  • $ gula
  • $ 5-6 biji cili padi
  • $ 1 ekor ikan tongkol
  • $ 1 cm belacan
  • **ACAR**
  • & 2 batang timun
  • & 1 batang lobak merah
  • & 1/2 biji bawang besar
  • & 1 biji lada besar
  • & cuka, garam, gula





Cara-cara

  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
  2. Kuah
    GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
  3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

IKAN SIAKAP KUKUS

hujan-hujan ni sedap kn kalo dapt makan ikan siakap kukus.. nyum2... heheheheeh... so cekidout ngan resepiny yer.. heheheeheh...




Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.


Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

ok selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

SUSHI

HAI KORUNK!!!!!!!!! ARINI BERRY NK SHARE SIKIT RESEPI SUSHI.. SEDAP TAU... HEHEHEHEEH.. BERRY KALO P KEDAI SUSHI KING TU, BERRY RASE MCM NAK ABESKN SUME SUSHI YANG ADA KAT SITU TAU.. HEHEHEHEH.. GELOJOH BETUL LA KAN.. TP SEKARANG BERRY NAK SHARE SKIT MCMNE NK WAT SUSHI SENDIRI KAT RMAH... SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • sea weed
  • 1 mangkuk besar nasi lembut dan panas
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam
  • untuk inti;
  • telur dadar (nipis)
  • timun (di buang pulun tengah)


Cara-cara

  1. Asu2
     campurkan cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata. BERRY guna baking paper je, letak inti.
  2. Asu1
     start gulung
  3. Asu3
     basah kan skit hujung sea weed dan gulung habis
  4. Asu4
     proses yang sama , letak nasi dulu, sea weed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.







OK SELAMAT MAKAN SUME!!!!!!! NYAM2... RESEPI NI BERRY AMIK KAT http://www.myresipi.com/top/detail/7590

Tuesday, November 13, 2012

IKAN SIAKAP SWEAT SOUR


KORANG!!!!!!!!!!! BERRY NK SHARE RESEPI IKAN SIAKAP 

SWEET SOUR HARINI... LAPAR LA PLAK.. HEHEHEH.. NI 

ANTARA FAVORATE BERRY NI.. TRY LA YER...



Bahan-bahan ( 2 dewasa dan 2 kanak2 )


  • 1 ekor ikan siakap
  • sedikit garam
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit tepung gandum
  • 1 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • cili kering diblend, asam jawa, cos cili, sos tomato, 
  • sos tiram
  • minyak masak
  • lada benggala, nenas, tomato (ikut suka)


Cara-cara

  1. Image0566
     Siang teknik belah belakang dan buka habis ikan tapi jgn sampai putus di perut
  2. Lumur ikan dengan garam, biar 1 minit, lumurkan dengan tepung jagung keseluruh bahagian ikan.
  3. tabur sedikit tepung gandum. Sambil tu panaskan minyak yang banyak untuk deep fry ikan.
  4. Setelah minyak betul2 panas, goreng ikan sehingga garing.
  5. tumiskan bawang merah, putih, halia dan sedikit bawang besar yang ditumbuk.
  6. masukkan cili blend, diikuti sos, air asam jawa dan perasakan ikut suka.
  7. Akhir sekali masuklah sayur2 n bawang besar dipotong bulat. Jirus atas ikan yang siap digoreng, hidangkan.


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 12, 2012

RENDANG TOK

harini berry nk share resepi rendang tok.. al maklom la sokkn nk sambot depavali. eh?? hahahahah.. lawak je k.. xde la.. kwn berry yg nak resepi ni... kepada nurfarahain, ni ha resepi yg u nk ok.. heheheheh.. siap mention name lg tau.. ok u siapkn segala2ny ok. then cetry resepi ni.. kot hubby u suke... heheheheh...


RESIPI enak berasaskan daging ada penggemarnya tersendiri termasuk rendang tok.

Daging batang pinang adalah bahagian terbaik dan sesuai untuk dibuat rendang yang menjadi kebanggaan orang utara sama ada di Kedah, Perak atau Pulau Pinang, untuk menjadikan rendang itu tahan lama, pastikan ketika menggoreng, rempah ratus dan bahan tumisan lain dilakukan sehingga minyak benar-benar pecah.


Rendang tok bukan saja enak dimakan bersama nasi, malah sedap dicicah bersama ketupat palas, lemang atau nasi himpit.




Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
  • 2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
  • 100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan2 kisar:-
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar/teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar/teh jintan putih
  • 1 sudu besar/teh jintan manis
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 25 biji cili kering
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 20 biji bawang kecil



Cara-cara

  1. Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
  2. Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
  3. Masukkan daing yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
  4. Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
  5. Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
  6. Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
  7. Perlahankan api dan kacau hingga kering.


ok selamat mencuba!!!!!! =)

bento (style lunch box jepun)

helo!!!!!!!!! ape khabo sume?? arini berry nk share sesuatu tntg bento. bento ni adalah lunch box je.. tp dalam bahasa jepun di sebut bento. berry sangat tertarik ngan dekorasi2 bento dorg.. sangat cantik2!!!! ok then berry akan share mcmne rupe bento ni yer.. kalo korg rase bosan ngn lunch box korg. ley la korg wat dekorasi mcm yng bakal berry tunjukkn ni yer... hihihihi... sp coool~~~







ni la antara bento2 yang berry cakap tu.. syantekkn!!!!!!! berry tngh giler wat menda ni la... nk wat lain dr yang lain. bkn sahaja menarik malah berkhasiat tau. kalo org jepun ley wat knpe tidak kita kn.. hehehehehe...